Laporan Pengambaran Cover Album
 

4.30 pagi
berkumpul kat depan synchro untuk menaiki van menuju ke pantai remis. Aku sampai dulu. van tadak, sapa pun tadak. aku ngan laki aku decide utk cari mkn kat ss2. bila dtg balik, kadak dah ada kat sana. tak lama pastu azmer sampai ngan van. tunggu, punya tunggu, punya tunggu, sampai kul 5.30 barulah loque sampai. nak kena amek Emmet lak kat bangsar. Emmet drive sendiri. dia bawak Terrina sama.. pastu nak kena amek photographer lak kat pantai hill park.

6.30 pagi
sampai kat pantai remis setelah melalui perjalanan yang agak sukar. hehehe.. konon nak kejar sunrise kan? hahaha.. punyala gonjol. sunset kat laut, sunrise dari arah bertentangan la. hahahaa.. gelak besar kitorang smlm. tapi oleh kerana dah sampai, amek jugakla gambar kat dlm selut dan atas kulit2 kerang. hahahaa...

9.00 pagi
dah abes seme suar kotor, kaki dah sakit pijak kulit kerang, dorang pun amek keputusan utk berehat. hehehe.. makan time!!! masa nak order makan pun tensen. punyala lembab mak cik tu. pastu aku ada order mee hun goreng. sampai kenyang tumpang makan nasi goreng laki aku, mee hun goreng aku tak sampai lagi. cilakak tul. dlm masa duduk makan2 tu, timbulla perbincangan rancangan selepas tu nak buat apa. dorang plan nak shoot sunrise. pastu check in hotel kat shah alam, petang datang balik pantai remis utk shoot sunset lak.

11.00 pagi
sampai hotel. ada 3 bilik. satu bilik, aku, loco, azmer ngan sharon, the photographer. bilik 1 lagi, loque, kadak, ihsan, the driver. takde aktiviti pun. tido jek seme sampai kul 3 petang. ahahaha.. pastu bila perut lapar, seme bangun.

5.00 ptg
nak bertolak dah ke pantai remis. sementara nak tunggu azmer check out, kitorg parking kat luar hotel. tiba2 kena pulak langgar ngan mak datin mana tah. dah la salah diaorg, dia marah kita pulak!! bodoh tul. sib baik takde apa2 yg rosak. dalam perjalanan nak kejar sunset tu pulakla, van berasap gilerrrr.. arggghhh.. van rosak di tgh jalan. jadi utk tidak menambahkan kesusahan yg dorang tanggung, aku mengalah utk tinggal kat tgh hutan kelapa sawit tu dgn azmer dan ihsan. loque, emmet, sharon, kadak, terrina dan loco naik keta emmet menuju ke pantai remis.

9.00 malam
dorang sampai semula ke van yg rosak. masa tu van dan siap cangkuk ngan tow trak dah. so, mula la bertolak balik ke kl.

11.00 malam
baru aku sampai sg buluh. berhennti makan sbb dari pagi aku mkn setgh pinggan jek ngan laki aku. pastu baru balik rumah........ penat siottttttt.

Wassalam
Mrs Loco


 
menu utama
+ Lirik Dan Gitar tab
+ Forum
+ Wallpaper
+ Foto galeri
+ Royalbutterfun
+ cenderahati
+ Buku tamu
+ Halaman Utama
pengumuman
Sekiranya anda ingin menyumbangkan karya wallpaper anda, sila emailkan kepada ugly@melayu.com Penyertaan anda akan memeriahkan lagi laman ini.
jaringan kroni
+ butterfingers.org
+ malscene.net
+ melayu.com
+ sifoo.com
+ urban comics
+ ittutor.net
+ bicaramuslim.com
+ kavalera.com


Hakcipta terpelihara ::www.royalbutterfingers.net::
webmaster UGLY