 |

----------------------------------------------
30 pahlawan RoyalButterfingers
Seramai 30 orang ahli kelab peminat butterfingers "Royalbutterfun" telah berkumpul di hadapan KFC KLCC pada 8 januari 2005 untuk sama-sama berarak dari KLCC ke Hard Rock Cafe bagi memberi sokongan kepada kumpulan butterfingers yang mengadakan persembahan pada hari tersebut, dengan memakai baju butterfingers dan royalbutterfingers mereka saling kenal mengenali dan mengeratkan silaturrahim sesama mereka, ini merupakan satu tindakan yang positif ahli peminat butterfingers kepada kumpulan butterfingers.
 Media Hiburan
setelah majlis "Launching" dan "Showcase" butterfingers pada minggu lalu, kini perang ulasan oleh pihak wartawan bermula dari hari ke hari, pelbagai ulasan dan komen mereka berkaitan album terbaru butterfingers dan ulasan berkenaan "Showcase" yang berlangsung di Hard Rock Cafe baru-baru ini.
Laporan penuh>>
 ----------------------------------------------
BUTTERFINGERS KEMBALI LAGI!
Butterfingers akan membuktikan bahawasanya mereka masih lagi bertakhta dan tersohor, dengan kelahiran album sulung Melayu yang sememangnya dinanti- nantikan berjudul Selamat Tinggal Dunia.
Sebagai sokongan untuk Selamat Tinggal Dunia yang berada di pasaran pada 23 Disember , Butterfingers akan mengadakan sebuah persembahan yang julung- julung kali diadakan bertempat di Hard Rock Café, K.L pada 8 Januari 2005, jam 3petang. Telah diketahui umum sebagai antara kugiran pertama yang memperkenalkan irama ‘progresif rock' di Malaysia, Emmett (suara utama), Loque (guitar/ papan kekunci/suara latar), Kadak (bass/ perkusi) and Loko (drums/perkusi), telah mula mencetuskan perubahan pada industri muzik tanahair apabila album pertama mereka , 1.2 Milligrams(1996) , dan seterusnya Butter Worth Pushful berjaya merangkul Cakera Emas.
Tetapi dengan kelahiran album ketiga berikutnya, Transcendence(1999) sememangnya telah menempatkan Butterfingers sebagai sebuah kumpulan gergasi di dalam persada muzik tanahair tanpa perlu disangkal lagi dengan kejayaan mereka mencapai jualan ‘platinum berkembar'. Pada tahun 2000 , mereka berehat seketika tetapi tampil dengan sebuah album kompilasi lagu – lagu ‘demo' serta ‘rarities' mereka berjudul ‘ Butter Late Than Never'.
Seterusnya, album yang telah membuka mata pengkritik pengkritik tempatan, Malayneum(2001) dan kemudian diikuti pula dengan album kompilasi lagu- lagu terbaik mereka, Best Is Yet To Come(2003) . Persembahan di Hard Rock ini adalah persembahan pertama mereka di khalayak ramai bersama Emmett (yang kembali ke K L untuk cuti Krismas ) sejak penyanyi utama itu meninggalkan tanahair untuk ke Kanada pada Ogos 2003 untuk melanjutkan pelajarannya, dan mereka berjanji untuk menebus kembali‘ketidakhadiran' mereka!
“Ini adalah kali pertama kami bermain semula sebagai sebuah kumpulan atau unit sejak kami menghilangkan diri untuk beberapa ketika yang lalu” ujar Loque “ dan kami juga inginkan sesuatu yang lebih intim dan peribadi yang boleh dikongsi bersama peminat- peminat Butterfingers semua, malah kami pasti jika anda melepaskan peluang untuk bersama- sama kami pada hari yang gilang- gemilang itu , anda mungkin akan menyesal kemudian hari”
“Ini adalah sebagai ucapan ‘terima kasih' kepada semua peminat dan pencinta Butterfingers kerana berkat‘kesabaran' ataupun ‘ketidaksabaran' mereka menanti kemunculan ‘Selamat Tinggal Dunia'” , kata Emmett dari Kanada. Butterfingers dijangka akan memainkan kesemua lagu yang terkandung di dalam Selamat Tinggal Dunia , diiringi dangan lagu- lagu lama pujaan semua.
“Apabila Emmett pulang ke Kanada nanti, Tuhan sahaja yang tahu bila lagi kami akan membuat persembahan sebagai Butterfingers semula”, kata Loque.
Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan Butterfingers secara lansung dan dengan lebih dekat lagi! Pastinya ia akan menjadi suatu pengalaman yang sukar dilupakan!
Sokonglah Pergerakan ‘Butter' Anda.
----------------------------------------------
Canada Pulang??
Desas desus melanda perkhabaran di kalangan Butterfingers yang Emmett akan pulang bercuti pada Disember ini hingga Januari 2005. Benar atau tidak dia akan pulang ke Malaysia untuk bercuti tidak dapat di ketahui lagi, sekiranya ada rezeki Emmett akan balik itu pun kalau ada tiket kapal terbang yang murah dari Canada ke Malaysia, RM6K tiket kapal terbang!! perrghhh mahal giler.. mana nak cekau duit beb!! kalau ada tiket pun semuanya atas daripada RM6K .. rabakkkkkkk!!! dompet!!!
Ada sesiapa yang sudi derma? wakakakakaka

----------------------------------------------
Bleak Design
Dalam bulan januari atau febuari 2005 royal butterfingers akan mengadakan gathering buat semua peminat butterfingers amnya dan untuk royalbutterfun khasnya, oleh itu krew royalbutterfingers Mr Bleak telah di pertanggungjawabkan untuk menyediakan website khas untuk segala infi berkenaan gathering tersebut. Nantikan kemunculan website ini dan segala info berkaitan denan gathering yang bakal tiba nanti, kumpullah duit anda dengan segera untuk menyertai gathering ini yang akan di hadiri oleh BUTTERFINGERS secara ekslusif menemui peminat mereka. Support Butterfingers!!!
----------------------------------------------
Red Devil
Laman web rasmi butterfingers telah pun berada di pasaran internet dengan percuma untuk di layari, dan akan menjadi berbayar apabila segala sistem berjalan lancar nanti.
Laman web ini telah di bangunkan oleh GullyGong Multimedia dengan kerjasama ButterTrade dengan berkonsepkan TV internet berbayar, kiranya macam astro lah.
Terdapat beberapa kolum yang akan di beri percuma kepada peminat butterfingers, semoga laman web ini akan memenuhi kehendak peminat butterfingers yang dagahakan info berbentuk muzik video, audio, realiti kehidupan butterfingers, temubual serta jualan barangan butetrfingers.
Layarilah www.butterfingers.com.my
----------------------------------------------
REDROTTW
Kenapa letak title album 'Selamat Tinggal Dunia'?
Kerana dunia dah tak selamat. Jadi kene ucapkan selamat tinggal ah.
Tapi ade macam bunyi merajuk je?
Tak merajuk. Dia macam satu bende yg general jugak ah. Cam 'Selamat tinggal dunia ..." ade blank ah. Dunia tu sesuatu yg universal. Tu pasal pilih tajuk 'Selamat Tinggal Dunia', dunia tu can be anything. Maybe 'Selamat tinggal dunia karierku' ke, 'Selamat tinggal dunia muzikku' ke.
Bile album nak klua?
Album nie klua tatau lagi bile, mungkin January, maybe December, maybe February, tapi soon ah.
Adakah butterfingers masih mengekalkan konsep grunge?
Butterfingers masih grunge lagi, cuma kitorang dah tukar pakaian grunge tu ah. Kitorang pilih grunge sebab ianya radical, sebab ianya lain dari yg lain. Sekarang nie pun masih grunge lagi, cuma grunge tu dah diserapkan ke benda2 lain ah. Ia dah lebih mendalam. Grunge tu maksud dia pun, kita mane tau kan. Tapi pada saye, grunge tu is something yg loose, yg unpolish, radical dan non-compromise.
Lagu2 dlm album nie, lebih kepada mellow ke atau mcm transcendence?
Dia lain dari transcendence. Sebab butterfingers takkan mengulangi formula yg sama. Setiap album butterfingrs lain dari album yg sebelum nya. Album kali nie bukan nak cakap mellow, dia ade semua. Dia perasan yg keliru. Yg rock pun ade, yg mellow pun ade, yg keras pun ade, yg lembut pun ade, yg dalam pun ade, yg cetek pun ade.
Album kali nie lebih straight forward ah?
Memang lebih straight forward dari segi lirik ah, sebab lirik dlm bahasa melayu, sebab sebelum nie kiter nyanyi dlm english. Kitorang pun tanak gunakan bahasa yg dah digunakan dlm lagu2 melayu. Kitorang nak cabar pendengar sikit.
Lagu2 dlm album nie sounds so Radiohead
Kalau nak cakap macam Radiohead, saye rase tak. Radiohead pun macam band lain gak. Mungkin band yg Radiohead dgr same dgn band yg saye dgr.
Kenape tajuk lagu Cuai?
Saye dpt inspirasi menulis lagu tu, mase saye dlm kemalangan jalan raya, dikala kemalangan tu saye dpt lagu tu. Mase tu saye tgk, jejantas, jalan, pokok, jejantas, jalan, pokok, tetiba cuai.
Mungkin peminat2 butterfingers terkejut dgn lagu2 baru nie?
Saye dah try explain sebelum nie, butterfingers jarang mengulangi formula2 especially dlm pembuatan lagu ah. Kitorang nak cuba bende baru, cuba nak mencabar diri sendiri supaya menulis dlm bentuk yg lain, supaya bende tu tak setahap aje. This time, lagu nie pun, saye dgr pun pelik gak, tapi pelik lah yg best, sebab saye suka bende yg pelik. Sebab muzik tak perlu satu tahap yg macam kalau transcendence, transcendence je. Transcendence to malayneum pun dah lain. Malayneum to selamat tinggal dunia saye rase lagi lain. So orang bole bile derang backtrack balik semua album2 butterfingers, derang bole tgk perbezaan. Mungkin peminat butterfingers yg masih muda macam 20 kebawah ke mungkin tak dpt terima, tapi bile dah 25 ke, mesti derang bole terima. Sebab lagu2 butterfingers di kala nie, dia lebih evergreen ah, dia lagu2 yg grows on you. You dgr sekali, mmg lah cam "alamak ape nie" tapi bile dgr lama2, dia akan jadi lagi asyik, simpan jab bawah katil, tahun depan dgr balik lain, so tu kitorang punya resepi ah.
Macam mane dgn performances?
Butterfingers takkan jadi butterfingers tanpa Emmett. Semua orang pun tahu Emmett takde dkt sini, dia pergi bertapa dkt gunung di Canada. Tapi, tu lah, saye rase, kandungan album nie, dia bole bercakap utk diri sendiri ah. Sebab dah lah dlm bahasa melayu. Kitorang pun takde ah nak promote macam butter worth pushful, sebab mase tu orang pun tak kenal kitorang lagi kan, so kitorang memang pushing the envelope ah. Tapi this time, rase orang pun dah kenal butterfingers, sebab tu ah kitorang rase tanak main live, sebab Emmett takde. Lagi satu, album nie, studio album. Album nie ditulis dan dirakam dlm studio, kitorang reka lagu2 dlm album nie utk tidak boleh dimainkan live. Mungkin takde live, mungkin ade, terpulang kepada kitorang. Tapi bagi saye, album nie bole bercakap dan berjalan dgn sendiri.
Kenape tajuk lagu Daulat Tuanku?
Saye pilih tajuk lagu tu Daulat Tuanku sebab nak project image utk lagu tu, so image lagu tu cam lagu berdarah diraja, very berdaulat.
Selepas album melayu nie, nak buat album inggeris tak?
Mungkin ya, mungkin tidak.
Album nie berape lagu dgn Emmett?
10 lagu. 10-10 dgn Emmett.
Akhir kata utk semua pendengar2 butterfingers?
Kepada pendengar2 butterfingers semua diharap anda bersabar kerana album kami akan keluar.
----------------------------------------------
Klon royalbutterfingers
Dalam beberapa minggu lepas sejak bulan puasa, aku sedang mencari beberapa info di google dan terjumpalah satu laman web www.royalbutterfingers.com, aiseymen, siapalah yang rajin pegi register royal.com tu?? but sayang laman tu takde sebarang info berkaitan dengan butterfingers? atau pun hanya di daftarkan sebagai batu loncatan? aku pun tak pasti.
Apa pun terima kasih kepada beberapa laman web di luar sana yang masih bersopan santun "kredit" to royalbutterfingers walaupun beberapa gamba tidak di minta kepada pihak royalbutterfingers.net, its ok janji mereka "kredit" to royal as hak royal cukuplah, jangan jadi macam beberapa laman web tu yang gunakan design dan wallpaper serta gamba kepunyaan royal, claim atas nama mereka. Ini sudah masuk kes tipu pembaca. ahaks!! apapun kepada web master www.royalbutterfingers.com hope u all can make something with it la okey, dah register tu kasi somthing la pada domain yang u all dah beli tu, aku nak beli domian tu pada u all aku takde sen, nak menten royalbutterfingers.net ni pun nasib baiklah dapat ihsan dari geng malscene.net ahaks!!
----------------------------------------------
www.malayneum.com
kepada peminat butterfingers yang setia mungkin ada di antara u all semua yang masih mengingati laman web official butterfingers ini, dan kini url www.malayneum.com telah pun ghaib entah kemana, akan tetapi isi kandungannya masih tersimpan rapi di salah sebuah laman web lain dan bagi mereka yang tidak pernah mengethui dan ada yang ingin mengembalikan nostalgia lama malayneum.com bolehlah mengunjungi laman web tersebut di sini.
http://www.sound.co.jp/~grind/malayneum/

----------------------------------------------

Berita besh untuk semua peminat butterfingers , Loque baru sahaja mendaftar satu id di myspace untuk semua peminat butterfingers join sama² mereka di sana, so kepada u all semua boleh la klik url di bawah untuk menjadi sebahagian daripada kawan butterfingers di myspace.
kepunyaan : Loque butterfingers
http://profiles.myspace.com/users/10366977
kepunyaan:
Salah seorang peminat
http://www.myspace.com/butterfingers

---------------------------------------------- Kejutan Elektrik
Selamat hari raya buat semua royalbutterfun, hari raya tahun ini merupakan aidilfitri pertama aku bersama orang baru, siapa lagi kalau bukan isteri terchenta aku, ahaks!! oklah malas nak bebel panjang, malam tadi 18 nov badan aku sungguh penat dan keletihan yang tidak terhingga dan aku di kejutkan oleh satu panggilan yang aku rasa macam kenal je no telefon tersebut, rupanya Loque buat call from rumah dia.
Di pendekkan cerita Loque tanya aku sama ada ada tape kosong dan tape recorder or not. Pada mulanya pelik juga aku, apahal plak mamat ni call, rupanya dia kata ada show dengan red 104.9 malam tadi yang akan keudara pukul 12.30 tengah malam, agaknye nak suruh aku record kut, di sebabkan tape recorder aku si adzwan dah pinjam tak pulang pulanmg lagi, maka aku cadangkan Loque call terus si adzwan.
Di pendekkan cerita sekali lagi, aku tertidur dan tak sempat nak dengar rancangan tu, dan aku di maklumkan oleh Loque, pihak red memainkan 3 buah lagu dari album "Selamat Tinggal Dunia"
1. Cuai
2. Daulat Tuanku
3. Nyilu
Kepada yang bertuah tu dapatlah mereke dengar malam tadi, buat yang tak bertuah tu, tunggu sahaja album yang akan keluar nanti.
Selamat Malam!
berita selanjutnya >>

foto ihsan rottworld.com
----------------------------------------------
Selamat Tinggal Bilik Bedah
Sebelum bulan puasa yang lalu satu malapetaka telah menimpa bilik bedah butterfingers apabila studio butterfingers yang dalam proses penaikkan taraf dari bilik yang macam stor hinggakan telah bertukar kepada bilik gerakan parti politik sehinggalah kepada sebuah studio yang dalam taman, disitulah studio rakaman, disitulah bilik gerakan parti politik, disitulah segala acara bedah lagu, ilham , lirik dan segalanya berlangsung kini telah tinggal kenangan.
Kesedihan begitu teras oleh pengghuni bilik tersebut, rumah ku syurga ku kini telah lupus oleh tindakan tuan punya bilik bedah mahukan kembali bilik tersebut atas alasan yang terlalu misteri nusantara, maka terpaksalah keluar seluruh rakyat bilik bedah mencari haluan yang masih belum dapat di nyatakan. ikutlah luahan rasa penghuni bilik bedah
Sham (krew bilik bedah)
Gua frust beb!! nampaknye kena balik kampungla lepas ni, tunggu Loque umum apa stategi seterusnya selepas ini, buat masa terdekat ni kitaorang "take a rest" kejap la , tahun depan baru serangan kembali bermula insyallah, apa pun aku tetap frust!!!
Dali (kameraman)
takde cerite la encik ugly....video ku tergendala..seketika...tetapi akan ku udarakan nye bile ia siap... butterfingers saya tak tau bagaimana nak terangkan setelah bilik bedah sudah jadi bilik kosong...oleh kerana itu saya sudah bukan ahli tetapi tetap video man yang malas... kerana miskin kalau saya rajin makna nye kaya....
sekarang saya tak buatpe wahai ugly...awek pun takde... lepak puasa makan dan layan astro ...itu jela hidup ku huhu
ko per cerite?
Loque (Dr BilikBedah)
Tengok lah macam mana nanti, wa lepak cam biasa la,aktiviti on seperti biasa.

----------------------------------------------
Projek Bands
Dalam majalah konsert bulan berapa, aku pun tak berapa pasti tetapi pihak Bilik Bedah ada mengeluarkan iklan untuk membuat sebuah kompilasi album yang ideanya datang dari Loque dan di kepalai oleh Mr Batak, terdapat 5 buah bands yang telahpun merakamkan 2 buah lagu untuk kompilasi album yang kualiti ramakan sememangnya Superb, aku telah mendengar beberapa dari beberapa buah band yang sememangnya album ini berkualiti dari segi mutu rakaman.
Sekiranya tiada aral melintang album ini akan di pasarakan secara DIY oleh pihak BilikBedah dan "royalbutterfingers" selaku medium yang bertanggungjawab untuk mempromosikan album yang bakal keluar tidak lama lagi ini.Difahamkan pelbagai konsep dari setiap band yang rata² mereka sememangnya berbakat oleh itu pihak butterfingers berharap agar Fan Club di luar sana memberi sokongan sepenuhnya Projek Kompilasi album ini.
http://extremetracking.com/open?login=butter13
|