1st Gathering RoyalButterfingers 2003
 

" Kami menganjurkan majlis ini adalah untuk mendekatkan royalbutterfun dengan butterfingers dan begitulah sebaliknya. Kami mahu royalbutterfun dapat meluangkan masa secara peribadi dengan butterfingers dan butterfingers dapat mendekatkan diri mereka dengan peminat, dengan ini ia akan mengeratkan lagi hubungan butterfingers dan peminat di samping royalbutterfun dapat berkumpul dan bertukar cerita sesame sendiri. Kami selama ini sering berbincang di dalam internet sahaja, oleh itu hari ini kami realisasikan apa yang kami pendamkan selama ini. Harapan saya selepas ini agar semakin ramai peminat butterfingers akan mengunjungan lawam web kami di www.royalbutterfingers.net cheers!! "

+ Laporan Majalah Remaja
+ Laporan Majalah Klue

Pada 2 ogos 2003 bertempat di Restotan Kelantan Delights Suria KLCC berlangsung Gathering peminat kumpulan muzik Grunge no 1 malaysia siapa lagi kalau bukan kumpulan BUTTERFINGERS. Atas nama "royalbutterfun" kelab peminat ini yang beroperasi di laman web www.royalbutterfingers telah menganjurkan satu Gathering untuk berkumpul dan berkenalan semasa sendiri sambil bertukar pendapat. Majlis ini juga telah diserikan dengan kehadiran kumpulan butterfingers itu sendiri.

Pada pukul 3 petang ahli kelap peminat butterfingers telah mula memenuhi ruang legar restoran kelantan delight untuk mendaftar di meja pendaftaran sebelum mereka dibenarkan masuk ke dalam restoran dan tepat pada 3.30 petang kelihatan Emmett selaku penyanyi dan Kadak selaku pemain bass kumpulan butterfingers telah tiba di restoran tersebut sambil membawa beberapa poster, baju dan beberapa barangan peribadi mereka untuk tatapan peminat mereka.

Majlis telah memulakan upacara secara rasminya pada pukul 4.00 petang dan telah di pengerusikan oleh saudara betterman dengan mengalu-alukan kedatangan tetamu dan juga kumpulan butterfingers. Seterusnye majlis di teruskan dengan ucapan Pengasas royalbutterfingers iaitu saudara UGLY dan di susuli oleh ucapan ringkas oleh ahli kumpulan butterfingers. Majlis perasmian penubuhan kelab peminat royalbutterfingers diadakan dengan acara menyanyi beramai² lagu "selamat" dan acara memotong kek oleh pengasas dan juga butterfingers.

Selesai sahaja majlis perasmian acara makan pun berlangsung dan ketika ini masing² telah sibuk mengambil pinggan dan cawan untuk mengisi perut yang lapar.Sambil menjamu selera royalbutterfun mengambil peluang ini untuk berbual dan meramah mesra dengan kumpulan butterfingers dan ada juga yang bertukar² cerita dan barangan koleksi mereka. Ada yang membawa buku yang telah di tampal dengan artikal² serta gambar kumpulan butterfingers, album gambar ketika butterfingers sedang beraksi di gigs dan konsert juga turut dibawa bersama oleh peminat butterfingers, cd butterfingers dan bermacam² barangan lain seperti flyers dan juga tiket konsert. Dalam kesibukan mereka menjamu selera muncullah pemain dram butterfingers bersama isteri dan anak sulungnya kemajlis tersebut, dia agak lewat tiba kerana ada majlis gathering family yang perlu di hadiri, tetapi demi peminat Loco(drummer) cuba meluangkan masanye untuk peminat.

Selesai sahaja menjamu selera Emmett terus mencapai gitar sambil menyanyi secara sendirian di meja makan lalu ahli butterfingers yang lain terus ke kawasan lapang di dalam restoran untuk memulakan persembahan secara "unplugged" mereka.Semua royalbutterfun berkumpul di hadapan mereka untuk menyaksikan persembahan secara unplugged artis kesayangan mereka. Sambil tersenyum Emmett memulakan persembahan dengan menyampaikan lagu dari album terbaru mereka yang berjudul "Cuai", dan lagu pertama mereka pada petang itu di berikan tepukan gemuruh oleh royalbutterfun. Kemudian butterfingers meneruskan persembahan lagu kedua dengan lagu "selamat tinggal dunia" dan suasan menjadi semakin gamat dan riuh apa bila lagu "merpati sejoli" dinyanyikan, kerana lagu ini liriknye ada menyebut "wartawan hiburan pondah homoseksual" dan royalbutterfun mula menggoyangkan badan sambil menghanggukkan kepala secara perlahan². Setelah 6 lagu di dendangkan mereka berhenti sebentar untuk rehat dan ketika inilah sessi soal jawab di jalankan. Bermacam² soalan yang berbuku di dalam jiwa royalbutterfun selama ini di keluarkan. Dari perihal tentang album, gitar, konsep, lagu dan hinggalah kepada hal peribadi soalan di ajukan di ajukan.

Selesai sahaja sessi soal jawab, butterfingers meneruskan persembahan tetapi kali ini mereka memainkan lagu² lama dari album mereka yang terdahulu dan ketika inilah royalbutterfun bersama² menyanyi sambil bertepuk tangan mengikut irama. Sessi kedua persembahan mereka di mulakan dengan instrumental mereka yang popular apa lagi kalau bukan lagu "Vio-pipe". Loque selaku pemain gitar utama dan ketua kumpulan butterfingers memberikan persembahan yang terbaik manakala Emmett menyanyikan seluruh lagu dengan penuh bersahaja dan ini membuatkan royalbutterfun terhibur dan merasa lebih dekat dengan butterfingers. Sebelum persembahan, butterfingers memaklumkan kepada pihak penganjur bahawa yang mereka akan memainkan 3 buah lagu dari album terbaru mereka yang bakal keluar tidak lama lagi, tetapi disebabkan sokongan padu dari royalbutterfun dan mereka sendiri mula merasa naik "syok", maka pada petang itu butterfingers telah membawakan 13 buah lagu secara Live dihadapan peminat mereka.Nyata semua royalbutterfun berpuas hati dengan majlis pada petang itu,tambahan pula dengan sikap ramah tamah dan "sporting" butterfingers membuatkan semua royalbutterfun melepaskan nafas tanda puas. Begitu juga dengan butterfingers yang begitu gembira dengan sokongan dari peminat mereka.Majlis petang itu di akhiri dengan acara bergambar beramai² dan sessi tandatangan bersama butterfingers dan acara "tapau" makanan beramai².
Galeri hari kejadian

  Apa Kata Mereka?

Loque
Terima kasih kerana datang untuk butterfingers, terima kasih kerana sokong butterfingers selama ini, terima kasih ugly, ugly yang organize benda ni, terima kasih ugly, supportlah ugly dan ugly supportlah butterfingers.. kalau boleh kasilah komen yang lebih "saiko" or anything yang bernas, nak kutuk pun tak pe we all open punya.Hmmm lepas nie bawak la makan nasi dagang ke, burger ke plak.

Razli
So, ape citer yek gath RBF? Sudah semestinye best! Hahaha. Dpt jumpe Butter secare in person. Derang humble giler aa sume. Emmett ngan ramah nye, Kadak ngan cool nye, Loco ngan rilek nye dan Loque, memula series je, dah 'panas' sket, hahaha mula aa tunjuk belang. "Untuk adik adik"... hahaha lawak yang tak dapat dilupakan. Numlock je nampak diam. Besides, aku dpt jumpe member² yang jugak gilekan Butter (awek baju itam yang cam tanak berganjak dari sebelah Emmett tu sape aa name? tak sempat lak tanye kekeke!). Aku gi ngan Sopi, member sekolah aku. Untung aa ko Sopi, masuk² RBF je, dpt gi gath. Hahaha.


Zul Hilmi

pehhhhhhhh memang rugi sapa tak datang, aku tak ingat sangat berapa lagu yang diorang main tapi lagu dari album baru diorang lepas tuh sessi bergambar dan autograf ,pehhhhhhhhh aku sungguh berpuas hati
terima kasih untuk UGLY kerana bersusah payah buat semua nie untuk bebudak royal
we owe him


 
menu utama
+ Lirik Dan Gitar tab
+ Forum
+ Wallpaper
+ Foto galeri
+ Royalbutterfun
+ cenderahati
+ Buku tamu
+ Halaman Utama
pengumuman
Sekiranya anda ingin menyumbangkan karya wallpaper anda, sila emailkan kepada ugly@melayu.com Penyertaan anda akan memeriahkan lagi laman ini.
jaringan kroni
+ butterfingers.org
+ malscene.net
+ melayu.com
+ sifoo.com
+ urban comics
+ ittutor.net
+ bicaramuslim.com
+ kavalera.com


Hakcipta terpelihara ::www.royalbutterfingers.net::
webmaster maharaja