Pembantu Teknologi Butterfingers
 

Adzwan

Adzwan merupakan pembantu teknologi kepada butterfingers dan orang yang bertanggungjawab mengendalikan website official butterfingers dan mengemaskini "footage" gigs dan konsert butterfingers. Ikuti temubual bersamanya berkaitan tugasannya selaku Pembantu teknologi butterworld

Royal : macammana ko boleh terlibat sebagai Pembantu Teknologi Butterfingers?
Adzwan : Peristiwa ni semua berlaku selepas aku habis SPM, tapi sebelum tu aku pernah berkenalan ngan seorang rockstar bernama batak dari 18SGG. kerana Batak la yg introduce aku pada Loque yg menceritakan kebolehan aku. Loque pun berminat ingin berkenalan ngan aku then selalu bawak aku gi Synchrosound Studio untuk melihat dunia recording mereka. Pada masa tu juga aku suka bawak videocam then secara official lah aku jadi jurucamera diaorang utk letak kat website. Pembantu teknologi kerja aku jugak banyak, jadi webmaster, ape2 yg berkaitan ngan IT.
Royal : ahaks!! so dah berapa lama jadi pembantu teknologi butterfingers?
Adzwan : dari tahun 2001 sampai skrg
Royal : apa yang butterfingers cuba ketengahkan melalui pengambilan ko selaku pembantu teknologi butterfingers?
Adzwan : ok selepas album transcendence kan..dioarang punya management ker ape kan..semua dah hilang..diaorang dah takde dah crew pada time tu..
Royal : hmm derang memang ada crew selama ni?kenapa semua hilang? masalah dalaman or masalah duit?
Adzwan : hmmm semua ada komitmen lain.
Royal : berapa ramai krew butterfingers yang ada sekarang?
Adzwan : ntah la aku pun tak sure..tapi bila ade gig ker show ker..crew yg dtg tolong butterfingers semua kawan2 baik diaorang..
Royal : footage butterfingers semua di buat apa? jual atau galeri sahaja?
Adzwan : utk letak kat website mostly la..jual tu ade gak tapi diaorang macam takde masa nak gi jumpa EMI,senang cerita makan masa skit la ttg nak jual ni
Royal : letak kat website? hmmmmm sound great!! so agaknye bila website official butter akan up? selepas album keluar atau sebelum?
Adzwan : secepat mungkin..kalau boleh bulan ni gak, sebelum emmett pergi canada.
Royal : selalunya siapa ahli butterfingers yang akan terlibat dengan bahagian teknikal dan promosi? cth website.
Adzwan : ahli butterfingers? emmett la yg paling bersungguh sekali.
Royal : emmett? hmmm so dia ke yang memberi segala contents kepada webmaster atau di beri oleh ahli yg lain?
Adzwan : yer dia yg bagi contents website...gambar ker , lyrics ker ape..
Royal : so untuk website official kali ini , lebih mempromosikan album terbaru mereka atau lebih kepada informasi menyeluruh berkenaan butter?
Adzwan : lebih informasi.
Royal : mp3?
Adzwan : mp3 dah takde dahh..ahahhaa, kecuali kalau live ker, rare ker ade laa
Royal : rasanya.. apa segment yang paling menarik dalam official website butter kali ini?
Adzwan : Terdapat video yang banyak!
Royal : gambar?
Adzwan : gambar pun banyak gak..
Royal : bagaimana dengan penjualan barang cenderahati secara online?
Adzwan : tu pun kitaorang cuba gak nak buat e-store mcm tu kan..
Royal : apakah website kali ini akan memuaskan hati peminat butterfingers?
Adzwan : itu takleh nak cakap..tapi aku akan cuba buat yg terbaik.
Royal : oklah Wan, thanks ler sudi luang masa untuk sessi soal jawab ni kay, so apa pesanan terakhir ko before kita chow!!
Adzwan : hahahaha thanks to 18SGG kerana pertemukan aku dengan butterfingers.

 


 
menu utama
+ Lirik Dan Gitar tab
+ Forum
+ Wallpaper
+ Foto galeri
+ Royalbutterfun
+ cenderahati
+ Buku tamu
+ Halaman Utama
pengumuman
Sekiranya anda ingin menyumbangkan karya wallpaper anda, sila emailkan kepada ugly@melayu.com Penyertaan anda akan memeriahkan lagi laman ini.
jaringan kroni
+ butterfingers.org
+ malscene.net
+ melayu.com
+ sifoo.com
+ urban comics
+ ittutor.net
+ bicaramuslim.com
+ kavalera.com


Hakcipta terpelihara ::www.royalbutterfingers.net::
webmaster maharaja